Loga USANITA.
Sumber :
  • Istimewa

USANITA Perkokoh Kerja Sama Kreatif di Jakarta

Selasa, 2 Juli 2024 - 22:37 WIB

tvOnenews.com - USANITA Sdn. Bhd. berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia serta meneroka kerja sama serantau.

Kunjungan penting tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan dan Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon yang pernah memenangi berbagai penghargaan. Kehadiran Erma membuktikan komitmen USANITA terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.

Dari 28-30 Juni 2024, delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Bapak Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).

Pertemuan diatur bagi melihat peluang dalam melaksanakan proyek kolaboratif dan kerja sama inovatif, selaras dengan misi komunitas dan pembangunan modal insan oleh USANITA.

"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif USANITA yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” kata Datuk Adzliana.

USANITA sebagai sebuah organisasi yang menjalankan program kebajikan dan sosial di seluruh negara. Turut berperanan dalam pembinaan komunitas melalui acara-acara yang memberi impak kepada masyarakat seperti bengkel, ekspo dan karnival kewirasahawan. Datuk Adzliana berkata selain memberikan bantuan kebaikan, USANITA juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baru yang boleh meningkatkan semangat kewirausahawan dalam kalangan ahli USANITA.

Sementara itu, Erma Fatima berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan kembali produksi film secara bersama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.

"Kerja sama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” katanya.

Delegasi USANITA turut melawat IDN Media dan berbincang dengan para pemgang keputusan untuk melihat adanya potensi kerja sama. Pembicaraan tersebut tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan proyek yang inovatif dan menarik minat penonton di kedua-dua negara. Kunjungan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen USANITA untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerja sama antarabangsa.

Datuk Adzliana berkata perbincangan terperinci dengan pemimpin industri kreatif Indonesia bertujuan untuk membangunkan kandungan dan program inovatif yang mampu memikat penonton di seluruh rantau ini.

“Menerusi gabungan kekuatan kreatif rakan kongsi Indonesia dan pendekatan berasaskan misi USANITA untuk membangunkan usahawan tempatan, kerjasama ini mampu menghasilkan projek-projek menarik dengan impak sosial yang signifikan,” katanya.

Menurut beliau, kerja sama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua-dua negara meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.

"Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan,  kerjasama ini juga bertujuan untuk memanfaatkan potensi kreatif serantau yang lebih besar," tambahnya.(chm)

Berita Terkait :
Topik Terkait
Saksikan Juga
05:08
02:03
01:20
01:28
04:06
01:13
Viral