PM Malaysia: Deklarasi Melaka Untuk Profesionalisme Wartawan.
Sumber :
  • tvOne

PM Malaysia: Deklarasi Melaka Untuk Profesionalisme Wartawan

Minggu, 29 Mei 2022 - 22:13 WIB

Wartawan Malaysia memainkan peranan menyampaikan maklumat yang benar dan sahih bagi menangani isu berita palsu yang berleluasa. Dalam dunia hari ini, yang penting bukan sahaja ketepatan berita tetapi juga kepantasan dan keberkesanannya. 6

Maka dengan ini, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada hari ini, Ahad, 29 Mei 2022, wartawan Malaysia sebulat suara membuat Deklarasi Melaka 2022 seperti berikut:


1.KEWARTAWANAN DIPELIHARA DAN DIIKTIRAF SEBAGAI INSTITUSI NEGARA

Kewartawanan merupakan profesion yang dapat mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui laporan dan penulisan yang dihasilkan. Justeru itu, kewartawanan perlu mengekalkan fungsi dan peranannya sebagai 'pemerhati' untuk mengawasi tata laku dan tadbir urus negara agar pemerintahan negara sentiasa berintegriti dalam semua aspek. Kewartawanan yang amanah dan bertanggungjawab merupakan aset penting dalam pembangunan negara bangsa.

2. MENGHORMATI HAK WARTAWAN MENJALANKAN TUGAS

Dalam memelihara dan mengangkat martabat kewartawanan serta kebebasan media, wartawan diberikan ruang dalam menyampaikan laporan sahih dan seimbang sejajar dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sewajarnya, wartawan perlu diberi kebebasan dalam menjalankan tugas dengan sebaik mungkin tanpa halangan atau sekatan mana-mana pihak. Dengan yang demikian, wartawan dapat membuat liputan dan laporan yang menegakkan nilai integriti, relevan serta sahih.

3. MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Wartawan yang mendukung Etika Kewartawanan Malaysia menghormati prinsip-prinsip terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan. Pada masa sama, kebebasan bersuara, kebebasan media dan hak untuk berorganisasi menjadi penyumbang ke arah mewujudkan suatu persekitaran kondusif kepada sistem demokrasi.

Oleh itu, wartawan menjadi sebahagian daripada proses pembinaan negara serta memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan nasional. Di Malaysia yang demokratik, wartawan menggunakan kemahiran untuk mewujudkan suasana saling menghormati, saling mempercayai dan saling memahami dalam kalangan masyarakat dan mencegah timbulnya perasaan curiga dan prasangka.

Berita Terkait :
1 2 3
4
5 Selanjutnya
Topik Terkait
Saksikan Juga
02:08
06:10
01:41
03:04
02:15
03:41
Viral